SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Friday, January 7, 2011

GELAGAT DI AWAL PERSEKOLAHAN

             Seramai 50 orang kanak - kanak yang telah terpilih untuk mengikuti pendidikan di Prasekolah SKTG. Tahun ini terdapat seramai 10 orang kanak -kanak yang berumur 5 tahun dan seramai 40 orang yang berumur 6 tahun.Setelah seminggu bersekolah di Prasekolah SKTG ada kanak-kanak yang dapat menyesuaikan diri dan dapat bergaul dengan rakan - rakan baru. Masih terdapat juga kanak - kanak yang belumdapat menyesuaikan diri lagi dengan alam persekolahan terutamanya yang belum pernah menjejakkan kaki ke tadika sebelum ini. Berbagai gelagat mereka yang dapat disaksikan yang kadang kala membuat guru dan PPM gelihati dan pening memujuk kerana makin dipujuk makin menjadi tangisan mereka. Akhirnya lantaklah korang..penat nanti berhenti la......Ada yang melalak di tepi pintu nak balik , yang duduk diatas kerusi diam2 dan tak mau bergaul dengan rakan pun ada...Tetapi akhirnya ok tapi bila datang esok melalak lagi..Pening..pening cikgu...

khusyuk mendengar cikgu bercerita...
Mohamad Adam Haris..hari pertama menangis bagai nak rak...sekarang dah ok..
Ada yang dapat menyesuaikan diri dengan rakan - rakan..
Huszafika ..tak nak berkawan dan tak mau buat kerja yang cikgu bagi...
Mohd Irfan..dah seminggu tapi masih lagi melalak nak balik..
Tempat kegemaran Mohd Irfan..walaupun dipujuk masih suka duduk atas pelapik kaki...

Thursday, January 6, 2011

HARI SUAI KENAL DAN MESYUARAT BADAN PEMUAFAKATAN PRASEKOLAH SKTG 2011

     Hari Suai kenal dan Mesyuarat Badan Pemuafakatan Prasekolah SKTG 2011 telah diadakan pada 06hb November 2010 jam 8.30 pagi di kantin SKTG. Para waris bersama anak masing - masing hadir untuk mendengar taklimat tentang persekolahan di prasekolah bagi sesi 2011.Antara agenda pada hari tersebut adalah mengukur uniform prasekolah,membuat bayaran uniform,dan melantik mesyuarat Badan Pemuafakatan Prasekolah 2011.


                          
Para waris menanda kehadiran mereka
    

Guru Besar memberi taklimat ringkas kepada waris
                            
                   
Para waris menyemak kelas anak mereka
Cikgu Ani memberi taklimat tentang prasekolah


               
Para waris khusyuk mendengar penerangan                                                                                                                                 
                                                               
 
            
 
                       
                          

                                                                                     


Tukang jahit mengambil ukuran untuk baju uniform      





PPM menulis ukuran baju sukan