SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Saturday, October 29, 2011

HARI SUAIKENAL PRASEKOLAH SKTG 2012

Pada 29hb Oktober(Sabtu) Prasekolah SKTG telah menjalankan program Hari Suaikenal 2012 bertempat di kantin SKTG pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi.Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Guru Besar SKTG,Tn Hj Ahmad Baker Bin Othman,kemudian diikuti oleh Guru Prasekolah Pn Nor A'ini Bt Hashim yang memberi penerangan berkaitan prasekolah.Semua waris 2012 telah hadir pada hari tersebut...

Pada hari tersebut juga para waris telah membuat ukuran dan bayaran untuk uniform dan baju sukan prasekolah.AJK Badan Pemuafakatan Prasekolah SKTG juga telah dilantik..Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar,Tn Hj Ahmad Baker dan para waris yang sudi meluangkan masa hadir pada hari tersebut.Komitmen anda amat dihargai....

Pihak prasekolah berharap para waris bagi tahun 2012 akan dapat memberi kerjasamayang jitu seperti tahun -tahun sebelumnya untuk membantu pihak guru dalam menjayakan pembelajaran anak-anak mereka....


Banner Hari Suaikenal 2012
Buku program Hari Suaikenal 2012.... Tn Hj Ahmad Baker sedang memberi taklimat ringkas kepada para
waris..

Cikgu Ani sedang memberi penerangan berkaitan prasekolah kepada
para waris yang hadir..
Para waris sedang membuat pendaftaran....
Antara waris yang hadir dan begitu khusyuk mendengar penerangan
Para waris sedang mengambil ukuran pakaian anak masing-
masing..ukur betul2 jangan tersalah saiz..susah nanti.....

HARI GRADUADI PERINGKAT PPD SEBERANG PERAI UTARA

Pada 25hb Oktober 2011 Hari Graduasi PPD Utara telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan MPSP,Kepala Batas.Hari Graduasi PPDU ini telah menghimpunkan seramai 1800 orang kanak-kanak prasekolah di Seberang Perai Utara....Ramai kan...Prasekolah SKTG telah menyewa sebuah bas untuk membawa kanak2 ini.Mereka begitu teruja dan seminggu sebelum hari ini tiap2 hari dok tanya bila nak naik bas....maklumlah kebanyakan mereka tidak pernah naik bas.....excited la masing2.Memang meriah suasana pada hari tersebut..Walaupun penat tetapi kanak2 prasekolah sangat gembira kerana ini merupakan pengalaman baru bagi mereka.....Jom layan pic yang sempat disnap....



Excited sungguh nak naik bas........


Cikgu Ani dan Cikgu Linda sampai dulu dan tunggu di dewan
menanti ketibaan murid2 sebab perlu settlekan persiapan dewan....

Sedang menanti giliran ambil sijil.....
Alahai tiba2 jer Nur Nasuha dan Nur Athirah demam...sebab tu
monyok jer muka....
Siap memakai jubah.....masing2 tak sabar nak naik pentas...

Berbaris untuk naik keatas pentas......

Seronok Farhan menerima sijil


Dah nak balik..bye2 cikgu.....

Tuesday, October 4, 2011

JOM BUAT CERMIN MATA

Memandangkan hari ini ramai murid -murid tidak hadir sebab hujan lebat ..hanya 14 orang jer so Cikgu Ani plan nak buat cermin mata....budak skit senang sikit, tak teruk Cikgu Ani nak menggunting...

Mula2 tu ambil templat cermin mata bentuk bujur dan bentuk star..bagi kat budak2 ni warna ikut suka mereka warna apa yang nak...pastu gunting sekeliling cermin mata dan ruang cermin tengah tadi...pastu Cikgu Ani akan laminatekan kertas tadi..gunting lagi...
tarrra.... dah jadipun cermin mata..sukanya budak2 ni bergaya dengan cermin mata masing-masing..Jom layan gambar yang disnapkan....